MSL Mahir Baiki Gajet : Cara Menukar LCD Telefon Pintar
28 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2025 (Isnin) telah berlangsungnya Mahir Short Learning Baiki Gajet yang bersiaran langsung dari Studio Mahir. Melalui sesi ini, peserta akan diberi pendedahan secara langkah demi langkah berkenaan proses membuka peranti, menanggalkan LCD rosak, serta teknik pemasangan LCD baharu dengan selamat dan berkesan. Turut ditekankan ialah aspek keselamatan, penggunaan peralatan yang betul, dan penjagaan komponen semasa proses pembaikan. Selain itu juga, dalam sesi ini juga menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk menukar LCD Telefon pintar untuk memudahkan peserta jika ingin membeli barang yang ingin digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: